Friday, May 06, 2005

Tugasan (1) (hebarium collection).

Seni bina adalah merupakan suatu bidang yang mengaitkan manusia dengan persekitarannya. Alam semulajadi menyumbang kepada kewujudan elemen-elemen flora dan fauna terutamanya di dalam konteks Seni bina Landskap. Tumbuhan adalah elemen utama yang dikaitkan dengan sumbangan alam di dalam reka bentuk.

Bagi mempastikan kepentingan dan peranan tumbuhan di dalam seni bina benar-benar difahami, pengetahuan asas tentang sifat semulajadi tumbuhan sangat mustahak bagi menjamin ia memberi sumbangan yang optima kepada kesejahteraan manusia sejagat.

Berikut adalah beberapa klasifikasi tumbuhan yang dibuat berdasarkan kepada sifat semulajadi dan karektor asasnya yang digunakan untuk tujuan dan kesan yang berbeza di dalam reka bentuk.

a. Pokok ( besar ); i.e. edible/ritual, shade, structural, texture, accent
b. Pokok renek; i.e. foliage, flowery, texture, accent
c. Palma; i.edible ii.non-edible
d. Tutup bumi; i.e. ornamental etcs

Pelajar-pelajar dikehendaki membuat kajian tentang elemen tumbuhan di atas yang biasa digunakan di dalam pelan pembangunan landskap sama ada bagi tujuan perhiasan dan seumpamanya dengan mengambilkira semua perkara yang berkaitan merangkumi; nama tempatan, nama botani, asal usul, karektor semulajadi dan kegunaannya di dalam reka bentuk. Kajian yang perlu dilakukan juga perlu menunjukkan kegunaan tumbuhan tersebut di dalam tatatur ruang di dalam seni bina.

Persembahan perlu disediakan dalam bentuk ‘hebarium collection folio’ menggunakan mounting board bersaiz A1 merangkumi semua spesis iaitu 3 bagi setiap (a) hingga (d). Persembahan yang disediakan mestilah mempunyai contoh-contoh sama ada daun, bunga, buah dan sebagainya sebagai spesimen, selain gambar tumbuhan tersebut. Lakaran terperinci semua spesis tersebut perlu dibuat di dalam collection folio berkenaan dan kegunaan tumbuhan di dalam reka bentuk perlu dilakarkan dalam bentuk pelan, pandangan / keratan dan perspektif.

Penyediaan persembahan adalah secara kumpulan seramai 3 orang bagi setiap kumpulan ( jumlah semua kumpulan tugasan ialah 8 ).

*** Markah akan dipertimbangkan bagi format dan kaedah persembahan yang kreatif, inovatif dan efektif. Bagi penghantaran yang lewat, markah akan DITOLAK! …………………
‘demi masa; sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian’………………al-Asr’

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

free counters