Wednesday, March 16, 2005

Landskap Kejur (hardscape)

LANDSKAP KEJUR

Landskap Kejur merujuk kepada unsur-unsur binaan seperti wakaf/gazebo, pegola, bollard, permukaan keras seperti konkrit, jubin dan sebagainya. Landskap kejur berfungsi untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna. Struktur-struktur landskap kejur ini direka bentuk supaya dapat berharmoni dengan alam semulajadi. Bahan-bahan binaan untuk struktur-struktur ini dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti kayu, logam, simen dan plastik. Bahan-bahan ini hendaklah tahan lasak dan mudah dijaga. Berikut merupakan beberapa contoh landskap kejur.

a. Wakaf / Gazebor
Wakaf/gazebor direka bentuk untuk memberi teduhan kepada pengguna. Pengguna juga boleh solat dan beristirehat di wakaf/gazebor yang dibina.
b. Pergola
Pergola merupakan landskap kejur yang direka bentuk untuk laluan kepada pengguna di samping memberi sokongan kepada tumbuh-tumbuhan menjalar di atasnya. Biasanya pergola diperbuat daripada tiang konkrit ‘column’ dan kayu yang telah direka bentuk dengan menarik.
c. Bollard
Bollard merupakan tiang kecil yang direka bentuk bagi menghalang kenderaan melalui kawasan tersebut. Penggunaan bollard hanya terhad kepada pejalan kaki sahaja. Bollard boleh diperbuat daripada konkrit ataupun kayu.
d. Permukaan Keras
Dalam landskap kejur, permukaan keras merupakan elemen-elemen yang diperbuat daripada konkrit seperti siar kaki, bangku batu dan sebagainya.
e.Tiang Lampu
Tiang lampu merupakan salah satu unsur dalam landskap kejur di mana ia berfungsi untuk memberi cahaya di waktu malam / gelap kepada pengguna di samping ia dapat menunjukkan nilai estetika. Di Malaysia terdapat berbagai-bagai reka bentuk tiang lampu yang menarik
f. Arca

Salah satu unsur dalam landskap kejur ialah arca. Arca biasanya direka bentuk untuk memperkenalkan sesuatu tempat seperti budayanya atau asal-usul nama tempat tersebut. Arca boleh diperbuat daripada konkrit ataupun kayu.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Terima kasih kerana telah berkongsi ilmu dengan saya. Saya amat mensyukurinya. Semoga awak dilimpahkan rezeki oleh Allah. AMIN

9:16 PM  

Post a Comment

<< Home

free counters