Friday, November 19, 2010

Taman Mini Malaysia



Taman Mini Malaysia terletak beberapa kilometer di pinggir bandar Melaka berdekatan pekan Ayer Keroh. Sekiranya anda berminat dengan senibina dan cara hidup tradisional, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda terokai.

Setiap buah rumah di sini mewakilkan salah satu gaya senibina dari 13 buah negeri di Malaysia dan 12 buah rumah ASEAN yang dihiasi dengan pelbagai barangan, hasil seni dan kraftangan yang menggambarkan budaya di setiap negeri tersebut.

Di dalam setiap buah rumah di sini, anda akan dapat melihat pelbagai seni kraftangan tulen yang berasal dari negeri atau daerah berkenaan. Rumah-rumah tradisional yang dibina dengan tiang kayu ini turut mempamerkan patung yang memakai baju Melayu tradisional gaya khusus bagi negeri berkenaan.

Lain-lain tarikan di taman ini termasuk pertunjukan kebudayaan dan permainan tradisional yang diadakan pada setiap minggu. Taman ini juga menawarkan kemudahan untuk pakej seminar dan mesyuarat dengan harga yang berpatutan. Selain itu, kemudahan calet dan dormitori dengan kemudahan kolam renang juga disediakan untuk keselesaan pelancong. Aktiviti kerja berpasukan dan bengkel tarian asas juga boleh diadakan di sini.

Secara ringkas, taman ini memberi peluang kepada pelawat untuk melihat kesemua senibina dan warisan Malaysia dalam satu lawatan sahaja. Taman ini juga adalah tempat yang sesuai untuk berehat yang jauh dari kesibukan bandaraya.
Sumber: Tourism Malaysia

Elokle datang tengok umah dulu-dulu satu Malaysia...

Monday, June 14, 2010

Merealisasikan Dasar Teknologi Hijau


Salam semua..

Terdapat satu info yang boleh dikongi bersama anda semua tentang teknologi hijau...

Konsep teknologi hijau mula merebak ke seluruh institusi kerajaan dan IPTA setelah dasar ini telah dilancarkan pada 23 Julai 2009. Konsep teknologi hijau merujuk kepada `pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran unutuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar’.

Terdapat 5 kriteria utama:

1. Memenuhi kehendak masyarakat secara berterusan tanpa mengakibatkan kepupusan kerosakkan atau kemusnahan sumber semulajadi.
2. Pengeluaran mesra alam yang membolehkan produk yang dikeluarkan ditebus guna sepenuhnya.
3. Penjimatan sumber, mengurangkan sisa buangan dan pencemaran dengan mengubah kaedah pengeluaran serta penggunaannya.
4. Inovasi, meneroka, membangunkan alternative mesra alam dan mesra pengguna serta berdaya maju.
5. Menjadikan pusat aktiviti ekonomi berkaitan dengan teknologi dan produk yang mampu memberikan faedah kepada masyarakat dan alam sekitar serta mewujudkan peluang pekerjaan.

Selain itu terdapat juga galakan pembinaan `bangunan hijau’ yang memperolehi sijil green building index (GBI) oktober 2009-disember 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan dan duti setem je…

Kreteria GBI

1. Kecekapan tenaga.
2. Kualiti persekitaran.
3. Perancangan dan pengurusan tapak yang bijak.
4. Bahan-bahan dan sumber.
5. Kecekapan penggunaan air.
6. Inovasi.

Jom Go Green to All Architectures….

Thursday, February 18, 2010

Taman Botani Melaka

Taman Botanikal Melaka merupakan sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan unik serta menjanjikan ketenangan dari kesibukan kota .
Taman Botanikal Melaka telah mula dibangunkan pada 1 Jun 2006. Ianya adalah ilham dari idea daripada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, hasil daripada lawatan beliau keluar negara. Taman Botanikal Melaka ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Air Keroh mempunyai keluasan 92.5 hektar. Pada peringkat Fasa 1, pembangunan taman ini melibatkan pembangunan imej baru pintu masuk ke Taman Botanikal Melaka, penyediaan kompleks tempat letak kereta, pembangunan taman-taman bunga dan kemudahan-kemudahan lain.
Taman ini merupakan salah satu destinasi pelancongan dan tempat persinggahan yang menjanjikan kedamain dan ketenangan dari kesesakan dan kesibukan kota. Keindahan taman di celahan hutan kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.Taman Botanikal Melaka mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza dari Taman Botanikal yang lain kerana keadaan persekitarannya di kelilingi lanskap hutan semulajadi dengan 300 spesis flora dan fauna.

Jom jogging kat sini....bestla....

web: www.melakabotanicalgarden.com.my

Friday, January 29, 2010

Green Building


WHAT IS A GREEN BUILDING?

A Green building focuses on increasing the efficiency of resource use – energy, water, and materials – while reducing building impact on human health and the environment during the building’s lifecycle, through better sitting, design, construction, operation, maintenance, and removal. Green Buildings should be designed and operated to reduce the overall impact of the built environment on its surroundings.

WHY GREEN BUILDINGS?
.Green buildings are designed to save energy and resources, recycle materials and minimise the emission of toxic substances throughout its life cycle.

.Green buildings harmonise with the local climate, traditions, culture and the surrounding environment.

.Green buildings are able to sustain and improve the quality of human life whilst maintaining the capacity of the ecosystem at local and global levels.

.Green buildings make efficient use of resources, have significant operational savings and increases workplace productivity.

.Building green sends the right message about a company or organisation – that it is well run, responsible, and committed to the future.

resourse:greenbuilding.

Saturday, November 14, 2009

Waterfront Centre

Salam.

Malam tadi terbaca pulak satu artikel mengenai Waterfront center dalam Landscape Architecture magazine(us)..mungkin boleh dikongsi bersama dengan anda semua..

Waterfront Center melancarkan “Pantai Cemerlang ” Merupakan program Anugerah-anugerah sejak pada 1987 untuk mengenali pantai berkualiti tinggi. Di mana telah diusahakan oleh penduduk setempat, pemaju-pemaju dan firma-firma reka bentuk. Semua rekod pelan dan rancangan dibawa daripada seluruh dunia.

Pada 1993, pusat ini menubuhkan Clearwater Award iaitu usaha-usaha daripada peringkat bawah oleh orang ramai. Anugerah ini dipilih sebagai projek Clearwater , satu gerakkan pembersihan yang bermatlamatkan pendidikan, alam sekitar, organisasi sukarela dan kebudayaan. Pada mulanya ia menumpukan pada sungai Hudson.(version US la nie)

Gambar di atas menunjukan turenscape waterfront di zhongshan shipyard park china yang telah berjaya memikat hati juri untuk memenangi tempat pertama anugerah waterfront terbaik pada tahun 2008. Ia berjaya menggabungkan rekabentuk elemen semulajadi dan industri.

anda boleh layari di: http://www.turenscape.com/English/

Thursday, October 29, 2009

Garden Nation


Salam.
Lama tidak melayari web: Jabatan Landskap Negara, banyak perubahan-perubahan yang ketara laman webnya mahupun aktivitinya. Salah satunya menjadi perhatian ialah mengenai Penubuhan Penal Penasihat Landskap Negara bagi menyelaraskan dan menyeragamkan perlaksanaan dan pengurusan program landskap Malaysia. Sungguh hebat..salah sorangnya bos lama ana...
Anda Boleh layari web : Jabatan Landskap Negara

Tuesday, September 29, 2009

Landscape Architecture Vs......?


Jejantas yang hebat!

Susur jejantas bagi pejalan kaki dan kenderaan kecil yang hebat.
Itulah perkataan yang muncul apabila melihat majalah Landscape Architecture Februari 2009. Mengkagumkan apabila melihat realiti jejantas yang mesra alam sekitar. Tanpa di sedari ianya merupakan sebuah jejantas. Seolah-olah sepohon kayu yang tumbang dan mempunyai laluan yang begitu dramatis. Hebat bukan! dan ianya patut berada berhampiran dengan kediaman kita?

Apakah keadaan yang sama boleh berlaku berlaku di Malaysia. Apakah ada kemampuan berfikir dan mereka bentuk jejantas lebih ‘hijau’?Apabila melihat rekabentuk jejantas yang di sini masih lagi tidak berubah ‘cukup mesra’ walaupun 10 tahun akan datang. Anda percaya?.
free counters