Wednesday, March 16, 2005

Landskap Lembut(softscape)

LANDSKAP LEMBUT

Landskap lembut berfungsi memberi kedamaian, ketenangan serta keindahan ‘sense of feeling’ kepada pengguna. Pengertian landskap lembut sebenarnya merujuk kepada unsur-unsur asli / semulajadi iaitu tanaman seperti pokok utama, pokok renek, pokok memanjat, pokok herba atau pokok penutup bumi.

Pokok Utama / Pokok Naungan
Pokok utama atau pokok naungan merupakan pokok-pokok yang biasanya di tanam untuk mendapatkan tempat teduh. Pokok-pokok ini kebiasaanya tumbuh merendang serta mempunyai kanopi yang padat.

a) Kategori pokok utama atau pokok naungan:
Ø pokok tinggi dengan ketinggian >15m
Ø pokok sederhana tinggi 10-15m
Ø pokok rendah 4-10m

i) Kegunaan pokok naungan
Ø Keteduhan
Pokok yang dipilih harus mempunyai daun yang rendang supaya dapat memberi keteduhan.
Ø Perakaran
Pokok yang dipilih mestilah mempunyai sifat perakaran yang cukup kuat bagi menerima beban akibat lalu lintas berbagai jenis kenderaan. Akar pokok tersebut tidak harus tumbuh keluar dari permukaan tanah.
Ø Batang dan dahan
Pokok mesti mempunyai batang lebih daripada 2 meter supaya orang ramai boleh berjalan di bawahnya. Batang dan dahannya tidak mudah patah atau tumbang.
Ø Keindahan
Menimbulkan perasaan selesa kepada pengguna.
Ø Keselamatan
Harus elakkan daripada memilih tumbuhan yang mempunyai buah yang besar atau biji yang keras kerana ini akan membahayakan keselamatan pengguna.
Ø Tanaman bermusim
Elakkan menanam pokok yang mempunyai daun yang gugur mengikut musim


b) Pokok Renek
Pokok renek ialah tumbuhan yang mempunyai banyak batang dan muncul dari pangkal serta mempunyai ketinggian kurang daripada 5 meter. Pokok renek dibahagikan kepada :

Ø Renek berdaun tidak mempunyai bunga yang menarik tetapi mempunyai daun yang menarik.
Contoh : Acalypha wilkesiana
Codeaeum sp.

I) Renek berbunga mempunyai bunga yang menarik atau berbau harum.
Contoh : Hibiscus rosa chinensis
Bougainvilllea sp.
ii) Renek pagaran
v Sifat-sifat yang perlu bagi pokok pagaran :
Ø Senang hidup
Ø Tahan lasak
Ø Mempunyai dahan rapat dan lebat
Ø Sesuai tumbuh di semua keadaan tanah dan cuaca
Ø Tidak mempunyai getah atau daun yang beracun
Ø Senang didapati dan murah serta senang menyelenggara
Ø Lambat membesar

v Kegunaan pokok pagaran:
Ø Untuk menetapkan kawasan persendirian
Ø Membahagikan ruang
Ø Mengelakkan manusia atau haiwan masuk ke kawasan berkenaan
Ø Mengadang permandangan yang tidak elok
Ø Mencantikkan dinding atau pagar
Ø Mengurangkan kebisingan
Ø Menambahkan seni
Ø Sebagai latar belakang sesuatu kawasan
Contoh : Ehretia microphylla

c) Pokok Memanjat
Pokok memanjat biasanya mempunyai alat-alat khas seperti tendril dan pencakuk. Tendril digunakan untuk memanjat dan membelit sokongan. Sementara itu ada juga tumbuhan memanjat yang mempunyai akar yang mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan.
Contoh : Clerodendron thomsonae & Tristellatia australasae

e) Pokok Tutup Bumi / menjalar
Pokok tutup bumi atau menjalar tidak mempunyai alat-alat khas untuk memanjat. Tumbuhan ini tumbuh melata dan ia ditanam untuk mengawal hakisan tanah, menghalang perjalanan ataupun sebagai penghubung berbagai-bagai unsur di dalam rekabentuk tanaman.
Contoh : Hemigraphis colorata
Portulaca grandiflora

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

free counters