Monday, June 14, 2010

Merealisasikan Dasar Teknologi Hijau


Salam semua..

Terdapat satu info yang boleh dikongi bersama anda semua tentang teknologi hijau...

Konsep teknologi hijau mula merebak ke seluruh institusi kerajaan dan IPTA setelah dasar ini telah dilancarkan pada 23 Julai 2009. Konsep teknologi hijau merujuk kepada `pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran unutuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar’.

Terdapat 5 kriteria utama:

1. Memenuhi kehendak masyarakat secara berterusan tanpa mengakibatkan kepupusan kerosakkan atau kemusnahan sumber semulajadi.
2. Pengeluaran mesra alam yang membolehkan produk yang dikeluarkan ditebus guna sepenuhnya.
3. Penjimatan sumber, mengurangkan sisa buangan dan pencemaran dengan mengubah kaedah pengeluaran serta penggunaannya.
4. Inovasi, meneroka, membangunkan alternative mesra alam dan mesra pengguna serta berdaya maju.
5. Menjadikan pusat aktiviti ekonomi berkaitan dengan teknologi dan produk yang mampu memberikan faedah kepada masyarakat dan alam sekitar serta mewujudkan peluang pekerjaan.

Selain itu terdapat juga galakan pembinaan `bangunan hijau’ yang memperolehi sijil green building index (GBI) oktober 2009-disember 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan dan duti setem je…

Kreteria GBI

1. Kecekapan tenaga.
2. Kualiti persekitaran.
3. Perancangan dan pengurusan tapak yang bijak.
4. Bahan-bahan dan sumber.
5. Kecekapan penggunaan air.
6. Inovasi.

Jom Go Green to All Architectures….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

free counters