Thursday, February 18, 2010

Taman Botani Melaka

Taman Botanikal Melaka merupakan sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan unik serta menjanjikan ketenangan dari kesibukan kota .
Taman Botanikal Melaka telah mula dibangunkan pada 1 Jun 2006. Ianya adalah ilham dari idea daripada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, hasil daripada lawatan beliau keluar negara. Taman Botanikal Melaka ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Air Keroh mempunyai keluasan 92.5 hektar. Pada peringkat Fasa 1, pembangunan taman ini melibatkan pembangunan imej baru pintu masuk ke Taman Botanikal Melaka, penyediaan kompleks tempat letak kereta, pembangunan taman-taman bunga dan kemudahan-kemudahan lain.
Taman ini merupakan salah satu destinasi pelancongan dan tempat persinggahan yang menjanjikan kedamain dan ketenangan dari kesesakan dan kesibukan kota. Keindahan taman di celahan hutan kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.Taman Botanikal Melaka mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza dari Taman Botanikal yang lain kerana keadaan persekitarannya di kelilingi lanskap hutan semulajadi dengan 300 spesis flora dan fauna.

Jom jogging kat sini....bestla....

web: www.melakabotanicalgarden.com.my

free counters