Monday, August 15, 2005

Permulaan Landskap Di Perancis

Sebelum Renassance
Rupabentuk bumi beralun-alun dan kawasan belum dicemari oleh perindustrian.Landskap yang hijau dan indah. Mempunyai Bandar-bandar kecil serta bangunan gereja. Daripada segi sosial, rakyatnya berminat kepada senibina dan Raja Perancis telah mengembangkan senibina landskap. (King Louis ke 13 dan ke 14 -1610-1715) Tugas Raja Louis ini adalah untuk mengembangkan seni dan sains dan mempunyai falsafah bagi membina satu tamadun yang sejahtera yang tiada tolok bandingnya. Dengan ini, pembinaan negara perlu dibuat. Cukai-cukai mula dikutip daripada rakyat kecuali golongan gereja. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat biasa. Berlakulah pemberontakan dan menyebabkan kejatuhan Perancis.
Faktor yang mempengaruhi pembangunan Perancis daripada segi landskap:
a.Versailles (sebuah istana)
b.Vauxhe Vicomte
c.Chantilly

Dibina oleh Louis ke 14, Perekanya ialah ‘Andre Le Notre’ (Senibina Klasik). Pembinaannya adalah formal dan terperinci. Falsafah keduanya ialah tamadun mesti mencerminkan kebahagiaan hidup. ‘Andre Le Notre’ berpendapat senibina perlu disusun atur semula dan menjadikan satu pemandangan yang luas terbentang dan menggambarkan darjat dan kedudukan rakyat perancis dan pada masa yang sama, memberi ransangan kepada deria mereka.Semua alam semulajadi perlu dipadankan dengan alam bina supaya istana ini boleh menunjukkan kekuasaan sesebuah negara.

Prinsip Rekabentuk Landskap Perancis:
a.Taman itu mesti digabungkan dengan alam asli sedia ada.
b.Rekabentuk mesti susunatur dengan mukabumi Paris yang beralun.
c.Taman itu mesti indah seolah-olah diukir oleh alam semulajadi.
d.Formaliti yang terdapat di Barough mesti mempunyai banyak ‘axis’. ‘Axis’ ini mestilah bertembung dengan kaki langit yang luas terbentang.
e.Taman mesti dihiasi dengan arca dan pancutan air.
f.Taman mestilah mempunyai kemahiran yang terperinci dan luas terbentang.
g.Taman mesti mempunyai ‘sense of directional’ (axis) untuk mengawal penglihatan supaya penglihatan berfokus dan tertumpu mengikut axis hingga infiniti dan keadaan ini masyarakat akan ‘enjoy’ dengan taman.
h.Taman mesti dihayati dari satu titik, tetapi ‘element of surprise’ mesti tersembunyi contoh air dan arca.
i.Untuk mendapatkan tanah yang terbentang, taman-taman kecil tidak dibenarkan menggunakan tangga.

Versailles
Taman dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan, topiary dan arca. Di Dalam Versailles landskap lebih tinggi daripada senibina. Ianya juga menjadi lambang landskap di Eropah dan telah menjadi ibu pejabat ‘International Federation of Landscape Architecture’.
Vauxhe Vicomte
Sebuah Rumah Menteri.
Chantilly
Rumah yang dikelilingi oleh air di atas tapak 3 segi. Air menjadi ‘sense of drama’. Manakala taman-taman kecil menjadi ‘sense of surprise’ dan taman-taman berbentuk geometric disebut ‘Patterra Garden.

Permulaan Landskap Di China

China merupakan sebuah negara yang besar dan mempunyai berbagai bangsa, agama dan kebudayaan. Kedudukannya yang terpisah daripada Banjaran Himalaya, Gurun Gobbi serta terpisah daripada timur laut China. Sejarah landskapnyanya sentiasa berubah-rubah mengikut zaman dan dinasti.

a. Origin Landskap

Ianya berdasarkan kepada ‘agriculture’ (1300 sm)
Dinasti yang pertama ialah ‘The Shang Dinasty’ (1600-1030 sm). Ianya terletak ditimur Sg Hwang Ho. Pada waktu ini terdapatnya masyarakat tani yang menyembah alam semulajadi ‘Religion of Agragrian Tertility’. Hujan dianggap sebagai ‘Suprem Power’. Tanpa hujan semua tidak menjadi ‘God of Vegetation’. Masyarakat ini percaya bahawa kemakmuran hidup ini berdasarkan kepada kejayaan manusia adalah berdasarkan kepada faktor penyesuaianya kepada kuasa alam.

‘Falsafah Shang’

Pada waktu ini juga mereka berpendapat bahawa manusia adalah agen dimana potensi alam semulajadi yang ada perlu diperkayakan lagi.

b. ‘First Pleasure Garden’ (4000 m)
Merupakan taman hiburan dan keseronokan. Ianya dicipta hasil inspirasi ‘The Song Of Chu’. Ianya terbina kerana maharaja dikatakan jatuh sakit di bawah Chaou Dinasti. Meraka percaya bahawa kejadian ini berkaitan dengn roh yang tidak senang duduk dibumi. Bagi memujuk roh tersebut mereka telah mencipta puisi dan merekabentuk taman-taman. Keadaan ini juga menyebabkan keperluan kepada alam semulajadi perlu dikekalkan.

c. ‘Imperior Hunt’- Taman Memburu
Taman-taman ini diwujudkan kerana raja-raja suka memburu binatang liar. Selain itu, ianya juga bertujuan rekreasi, ketenteraman roh-roh, untuk upacara keagamaan, bagi melatih tentera-tentera dan bagi mendapatkan ‘super nature power’.

d. ‘Park As Empire’
The Ching Dinasti. Ianya wujud bagi mencerminkan kekuatan dinasti. Maharaja yang terkenal ialah ‘Shih Huang Ti’. Beliau telah membina taman ‘Shang Lin Park’ (221bc). Taman-taman ini terdapat gunung-gunung sebagai simbol kestabilan dan menghayati batu- batan bagi menguatkan semangat. Dalam tahun ini juga terbinanya terbinanya tembok besar china ‘great wall’.

e. ‘Mountain And The Legends Of Immortality’
Taman ini merupakan mahligai kepada orang-orang kayangan. Taman ini mempunyai gua dan air yang mempunyai reflesi seakan-akan cermin.

f. ‘Mountain Enter The Garden’
Ianya wujud pada zaman pemerintahan ‘Han Wu Ti’. Taman mestilah terdapat gunung-ganang , dikelilingi dengan tasik-tasik bagi menarik minat ‘immortal’.

g. ‘Private Pleasure Garden’
Taman ini dibina untuk orang kaya sahaja bagi tujuan keseronokan tersendiri. Walaupun pada mulanya ianya untuk orang ahli-ahli bijaksana sebagai inspirasi. Namun begitu taman ini disalahguna bagi menunjukkan kekayaan di dalam taman. Maharaja China amat marah dengan kejadian ini dan memancung ‘Yuan Kuan’ di dalam tamannya juga.

h. ‘The Confucian Connection’
i. ‘Mencius’ – Hidup sebelum masihi (1050bc). Merupakan ahli falsafah yang pertama yang mengaitkan kejatuhan moral dengan menunjuk-nunjuk kebendaan di dalam taman.
ii. ‘Lautzu’ – 500 tahun selepas Mencius, sezaman dengan Confucius. Ia menyatakan manusia sebahagian daripada alam asli. Jika kita merosakan alam semulajadi, kita juga telah merosakkan diri sendiri.
iii. ‘Confucius’ – Masyarakat tani yang berbudi kepada tanah ini merupakan jalan yang terbaik.

Pada setiap tahun, mahajara akan membuat ‘ritual’ membajak bagi menghormati bumi ini. Taman-taman juga dijadikan pusat-pusat perhimpunan supaya ilmu dapat diturunkan kepada masyarakat. Taman-taman juga dibina bukan sahaja untuk keindahan tetapi dirasai oleh semua deria manusia termasuk akal. Seterusnya ianya juga dikaitkan dengan puisi dan lukisan.

Keadaan ini juga memberi kesan kepada taman-taman di barat yang mencerminkan pemikiran manusia serta semangat/roh. Mereka juga meniru taman-taman di China yang menyerupai alam semulajadi.

Rekabentuk Landskap Selepas kedatangan Islam

Ianya mempengaruhi landskap asli dan ciptaan dengan beberapa prinsip surga (paradise garden). Orang Islam tertarik dengan taman kerana dalam Al-Quran terdapat 42 ayat yang menganjurkan membuat taman yang mempunyai kaitan dengan ilmu kedoktoran (Dr.Omar Amin Hoesin/Kurtur Islam)

7 Prinsip Rekabentuk Landskap

a. Wujudnya Allah dengan terbukti dengan adanya unsur-unsur asli.

b. Taman-taman itu mestilah indah seperti hadiah untuk orang baik-baik. Di mana ianya dilengkapi dengan air yang mengalir dan
dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan yang boleh memulihkan rohani dan jasmani para pengguna.
c. Taman-taman jangan simetrik (bersamaan) yang menunjukkan ianya seolah-oleh tidak boleh diubah langsung. Tetapi sepatutnya
boleh diubah mengikut generasi dan simetrik itu menyaingi kesempurnaan rekabentuk ciptaan Tuhan.
d. Apabila merekabentuk, ianya mestilah sesuai dengan skala manusia (ketinggian, tempat, fungsi dan emosi).
e. Taman-taman msetilah mempunyai naungan ‘shape tree’, berbunga dan berbuah yang unik mata memandang, wangi-wangian
yang boleh merangsangkan deria bau dan digunakan sebagai ubat-ubatan.
f. Ruang-ruang dalam taman mestilah mengalir dari ruang-ruang ke satu ruang. Ruang-ruang tersebut mestilah ‘simple’, cantik dan
membawa erti serta memberi ransangan kepada pemikiran.
g. Keseluruhan rekabentuk adalah ringkas, tidak rumit dan tidak mempunyai skala yang besar.

Friday, August 05, 2005

Senibina Landskap

Senibina Landskap

Bidang landskap ialah satu bidang yang berkaitan dengan pengajian sains dan seni dan ianya adalah satu profesion yang menekankan pertalian di antara alam binaan dan alam tabie dengan mengambilkira kedua-duanya dalam konteks penghidupan manusia sejagat. Dari segi pentakrifan bidang ikhtisas rekabentuk landskap bolehlah ditakrifkan sebagai 'seni dan sains mengubahsuai kawasan persekitaran dengan mengatur dan mengambilkira unsur-unsur semulajadi, tumbuhan serta binaan mengikut suatu rancangan estetik dan teknik yang menyeluruh'. Peranan arkitek landskap (landscape architect) akan menjadi bertambah penting dengan pemesatan proses urbanisasi dalam tekad kerajaan mencapai matlamat wawasan 2020.

Pengajian Landskap

Sebagai pengajian yang menggabungkan unsur-unsur 'seni dan sains', landskap adalah salah satu profesion yang memerlukan kefahaman saintifik dan seni dalam mewujudkan alam bina bagi penghidupan manusia. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1995 (pindaan), telah menekan pentingnya peranan yang akan dimainkan oleh bidang landskap dalam proses pemajuan. Malah Jabatan Landskap Negara baru sahaja ditubuhkan oleh kerajaan atas sebab kesedaran ini. Pihak berkuasa perancang tempatan di Malaysia memandang serius terhadap pentingnya pelan-pelan landskap dikemukakan bagi mana-mana projek yang hendak dimajukan sebelum kebenaran menjalankan kerja-kerja tanah dimulakan. Namun demikian pelaksanaan peraturan ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan kekurangan kakitangan yang terlatih sebagai seorang arkitek landskap yang profesional sama ada di pihak swasta atau kerajaan. Keperluan pakar dalam bidang landskap tidak dapat dinafikan pada masa kini dengan kepesatan pembangunan yang tinggi dipelbagai sektor - perumahan, industri, perhutanan, lebuh raya, perlombongan, pelancongan dan taman-taman rekreasi. Pengetahuan pelbagai disiplin amatlah penting dalam mewujudkan seorang pakar dalam bidang landskap.

Landskap dan Pembangunan

Bidang landskap adalah penting dalam proses pembangunan kawasan-kawasan kediaman, komersial, industri dan rekreasi. Ini jelas terbukti dengan perkembangan kawasan-kawasan pembangunan yang meningkat pada kadar 35 peratus (%) setahun. Jika pembangunan ini tidak dikawal dengan pengindahan landskap yang sempurna, ia akan mewujudkan suatu suasana alam sekitar tandus, kering dan tidak bermaya. Justeru itu perancangan, rekabentuk dan pengurusan landskap yang profesional akan menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju. Pengajian landskap antara lain merangkumi isu guna tanah dan perancangan alam sekitar, perancangan dan rekabentuk tapak dan permasalahan tanah dan pengurusan landskap.

Profesion Arkitek Landskap

Keterbatasan pemahaman profesion arkitek landskap pada suatu masa dahulu kini telah mula menampakkan keperluannya pada masa kini. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, para arkitek landskap biasanya sejak awal-awal lagi menjadi ahli integral kepada pasukan ikhtisas yang bertanggungjawab merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek-projek pembangunan. Peranan serta sumbangan para arkitek landskap, dalam keseluruhan perancangan dan merekabentuk alam sekitar adalah mustahak. Namun begitu, senario tersebut di Malaysia adalah agak berlainan. Pada suatu ketika dahulu, peranan para arkitek landskap tidak langsung diambilkira dan diberi tempat dalam keseluruhan merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek-projek pembangunan alam sekitar.

Landskap dan Industri Binaan

Industri Binaan dijangka berkembang pada kadar purata 8 peratus setahun sehingga 2020. Jangkaan ini selari dengan hasrat kerajaan supaya Malaysia menjadi negara maju pada tahun tersebut.
Dalam masa lima tahun yang akan datang, industri pembinaan akan berkembang dengan begitu rancak. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, telah dijangkakan bahawa 16,100 km jalan akan dibina; 800,000 rumah akan didirikan; pelaburan di dalam industri pembuatan dijangka mencecah RM110 billion; pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia diramalkan meningkat sebanyak 9.6 peratus setiap tahun sehingga mencapai 12.5 juta orang pada tahun 2000; dan sejumlah RM2.6 billion akan dibelanjakan untuk meningkat perkhidmatan kesihatan negara. Projek-projek besar seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang memberi penekanan yang amat tinggi kepada persekitaran. Justeru itu, permintaan untuk kepakaran bidang landskap akan meningkat bagi tahun-tahun yang akan datang.
Pembangunan landskap di Malaysia berkembang dengan kadar yang begitu cepat sekali. Pembangunan industri binaan yang juga berkembang dengan begitu pesat telah juga memungkinkan profesion ini mendapat kesan limpahan walaupun terpaksa menghadapi keterbatasan yang tertentu.(sumber :USM)
free counters