Monday, March 21, 2005

Final Project Brief (Julai 05)

POLITEKNIK PORT DICKSON LANDSCAPE MASTER PLAN

Nama Pensyarah : Shamsul Johari, Reduan Mahad Semester : Sesi Julai 2005
Jabatan : Kejuruteraan Awam (Seni Bina) Tarikh : Sesi Julai 2005
Kod & M/Pelajaran : C 5627 – Rekabentuk Landskap Kelas : DSB 5

Final Projek
Bagi salah sebuah kawasan yang berpotensi, Politeknik Port Dickson secara umumnya tidak menunjukkan imej yang dapat menggambarkan ia terletak di salah satu destinasi pelancongan dan peranginan serta tidak menunjukan ‘spirit of the place’ kawasan tepi pantai. Elemen-elemen dan unsur-unsur kelihatan yang ada tidak mewujudkan ‘sense of belongings’ bagi tempat tersebut.

Bagi meningkatkan taraf dan kualiti pembangunan landskap di bandar baru ini, imej berkenaan perlu ditonjolkan dengan lebih berkesan sesuai dengan fungsi dan kewujudan komponen pembangunan bandar yang terdapat di dalamnya.

Pelajar-pelajar dikehendaki membuat kajian tentang garis panduan dan semua perkara yang berkaitan dengan pembangunan landskap merangkumi landskap lembut dan kejur. Hasil kajian berkenaan akan digunakan bagi pembangunan salah satu komponen bandar yang telah dipilih dari zon-zon pentadbiran, komersil, institusi pendidikan, institusi keagamaan, perumahan dan kawasan-kawasan lapang untuk pembangunan taman-taman awam.

Dapatan maklumat dari kajian berkenaan akan di aplikasikan di tapak pembangunan landskap yang dicadangkan. Pernyataan dan penyelesaian masalah (problem statement and problem solving / issue definition) secara kolektif di kawasan tersebut akan dibuat berdasarkan inventori, analisa dan sintesis terhadap perkara-perkara berkenaan.

Bagi tujuan kajian Literature Review dan kajian tapak, pelajar-pelajar perlu melaksanakannya di dalam kumpulan seramai 4 (empat) orang bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki memilih komponen pembangunan bandar yang telah dinyatakan terdahulu untuk kajian. Kawasan tapak pembangunan landskap yang akan dicadangkan perlu dipilih oleh setiap kumpulan dan dibincangkan dengan pensyarah untuk kelulusan. Keperluan persembahan akan diperincikan kemudian.

Bagi cadangan reka bentuk kawasan terperinci pula akan ditentukan oleh tiap-tiap kumpulan kawasan reka bentuk yang perlu disediakan oleh setiap individu di dalam kumpulan. Keperluan presentation folio bagi individu akan ditentukan kemudian.

*** Markah akan dipertimbangkan bagi kaedah persembahan yang ringkas, padat, tepat dan berinovasi. Bagi penghantaran yang lewat, markah akan DITOLAK!

………‘demi masa; sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian’………………al-Asr’
.....‘ilmu akan luput tanpa amalan; amalan akan luput tanpa keikhlasan’………al-Ghazali

M – 00/00/05 – 29/00/05 M Brief / Literature Review / Site Inventory, Analysis, Synthesis.
M – 00/00/05 M Landscape Master Plan Proposal.
M – 00/00/05 M Action Area Landscape Proposal.
M - 00/00/05 M Presentation & Planting Plan

Nota : Kajian Kes sekurang-kurangnya satu (1)

‘The Best Knowledge Came From Imagination’_Enstine
Sila layari laman web:
http://Shamsulandskap.blogspot.com
Untuk pengetahuan semasa : http://shamsuljohari.blogspot.com
Untuk pengetahuan landskap :http://www.pwpla.com/

Thursday, March 17, 2005

Definasi Landskap

Definasi landskap :

1.Hurbbard & Kimball (pustakawan)
“seni mereka bentuk untuk memelihara keindahan persekitaran supaya lingkungan hidup manusia menjadi selesa, sihat dan mudah”. (manusia dan alam sekitar) -‘Landscape Design’, Introduction of landscape design (1917).


2.F.L. Omlsted
“adalah seni dan sains hubungkait di antara insan dan alam semulajadi, kerana alam semulajadi penting untuk moral dan kebahagian”. - (1860-1870): ‘father of landscape architect’

3. Brian Hackett
“ Perancangan landskap itu adalah mengenai mengenalpasti, merancang, menyusun atur gunatanah dengan sebaik mungkin”.
“Untuk merancang perlukan ilmu dalam bidang fisiologi bumi dan faham tentang proses alam, faham alam sekitar dan nilai-nilai estatiknya”.(1950)


4.Sylvia Crowe
“ Perancangan landskap itu ialah lebih mendalam dari guna tanah (ciptaan manusia)

“Gunatanah, mengenai estatik, mengenai kesejahteraan insan”.
“Perancangan gunatanah perlu mengambil kira tetang kesuburan tanah-tanih. Merancang muka bumi merupakan satu usaha untuk merancang hubungkait di antara guna tanah atau fungsi guna tanah dan persekitaran. Penggunaan landskap untuk menyusun atur guna tanah dan peka terhadap alam sekitar dapat meminimakan pencemaran”. (1960)


5. Lan matt
“Perancangan landskap itu ialah mengubah penyesuaian yang berdasarkan kepada daya cipta yang berubah mengikut pengolahan alam sekitar. Pengolahan terhadap alam itu boleh menjadi satu batasan kepada usaha pembangunan dan menafaatkan kepada pembangunan”. (1967)


6. American Society of Landscape Architect (ASLA)
“ Sains dan seni yang berkaitan dengan perancangan guna tanah yang sistematik yang berkaitan dengan pemeliharaan sumber alam.”
“Yang berkaitan dengan rekabentuk, ruang dan tempat di luar bangunan”
“Yang berkaitan dengan ciptaan lingkungan hidup yang berguna, selamat dan selesa”
“ tindak balas manusia dengan alam sekitar”. (1981)

Wednesday, March 16, 2005

Proses Rekabentuk Landskap

Proses Rekabentuk Landskap

1) Pembangunan Tapak
Permulaan projek - Penerimaan Projek – matlamat Projek – kajian Awalan Projek – Persetujuan Projek.

2) Proses Rekabentuk
Peringkat 1:
Penyediaan pelan asas
Kajian inventori tapak
Kajian analisis tapak
Program kajian
Sintesis

Peringkat 2:
Konsep
Pembangunan rekabentuk (design process)
Rekabentuk awalan (design schematic)
Pelan induk (masterplan)
Perlaksanaan
Penilaian formal

Peringkat Pertama:
a)Penyediaan Pelan Asas
>Pelan Lokasi
>Pelan kawasan kajian (tapak dlm. Skala)
>Pelan keadaan tapak (topografi)
b) Inventori Tapak
>Iklim
>Keadaan fizikal semulajadi permukaan dan bawah tanah:
i. Tanah
ii. Ujian tanah
iii. Sifat geologi
iv. Ciri-ciri hidrologi – perparitan, kaw. tadahan, penyerapan tanah dan hakisan: lokasi; tasik, kolam, kaw. lembab.
v. Ciri-ciri topografi – landai, pamah, berbukit, berair, Penentuan visual.
vi. Struktur ekologi dan pertumbuhan organic – flora; tutupbumi, renek, pokok sederhana, besar dll, fauna; binatang @ haiwan liar sediada.
>Gunatanah:
i. Pengawalan dan sekatan (hak pemilikan)
ii. Gunatanah berdekatan
iii. Kualiti udara
iv. Faktor bunyi
v. Kemudahan awam dan perkhidmatan
vi.Infrastruktur
vii. Perhubungan dan jalan masuk

c) Analisis Tapak
Melibatkan 4 aspek utama : (SWOT)

a. Kelebihan (strength)
>Iaitu perkara-perkara yang dilihat dengan jelas.
i. kepelbagaian penduduk setempat – melibatkan budaya, adat resam dan warisan.
ii. warisan peninggalan sejarah – kubu, perkuburan terkenal, dll.
iii. Kemudahan awam – sekolah, balai polis, kemudahan telefon, elektrik, bekalan air dll.
iv. Infrastruktur – jln raya, keretapi, basikal, laluan pejalan kaki, dll.
v. Faktor alam semulajadi- sg, laut, tasik, lagon dll.
vi. Aktiviti sediada – kawasan permainan kanak-kanak.

b.Kelemahan (weakness)
>Isu dan masalah.Biasanya melibatkan dan berkaitan dengan kemudahan
sediada serta pencemaran udara, air, bunyi dan kualiti visual.

c.Peluang (opputunities)
>Satu daya tarikan yang terdapat ditapak dan selalunya
berkaitan dengan gunatanah, konsep tapak, budaya, ekonomi, agama, sejarah dan warisan.

i.Gunatanah bersebelahan – cth ; dekat dengan Bandar.
ii.Budaya – adapt resam dan kepercayaan masyarakat setempat.
iii.Ekonomi – berdasarkan kepada sumber pendapatan @ pekerjaan masyarakat setempat. Cth; nelayan, petani dll.
iv.Agama – faktor majoriti kehadiran pengunjung.
v.Penduduk setempat – agama dan adat resam.
vi.Sejarah dan warisan – peninggalan seni yang perlu dipertahankan.

d.Ancaman (theats)
>Isu dan masalah yang timbul sebelum dan selepas pembangunan dijalankan.
>Biasanya berkaitrapat dengan pencemaran alam sekitar, agama, budaya, ekonomi dan pemikiran.
Program Kajian
>Maklumat dapatan mengenai sumber rekreasi, jenis kepelbagaian dll yang melalui sember bacaan, carian maklumat dll
>Melibatkan soal selidik untuk mengetahui keperluan rekreasi dan apa-apa yang diperlukan oleh masyarakat.
>Teknik penemuan: pos, soal jawab, telefon, tinjauan tapak dll.

Sintesis
>Menggabungkan kehendak , isu, keperluan, halangan dan peluang untuk menyesuaikan keperluan penggunaan taman.
>Ia mempengaruhi idea yang kreatif dan pandangan yang kritikal.
>Perekabentuk haruslah mengenalpasti kawasan mana yang sesuai untuk direkabentuk mengikut tujuan dan kehendak serta menyusun atur elemen-elemen mengikut kaedah yang sesuai.

Peringkat Kedua:

Ø Konsep Rekabentuk – Peringkat pertimbangan idea untuk disampaikan di dalam pelan skematik samada bentuk metafora atau analog.

Ø Tema : Cth; berdasarkan sesuatu rekabentuk projek budaya dan sejarah yang berkaitan dengan sesuatu tempat.

Ø Imej : bentuk, warna, tekstur dan pengurusan dan kualiti penerimaan pancaindera.

Ø Identiti : gabungan elemen-elemen imej mampu membentuk satu objek yang jelas.

Ø Watak : cth ; watak bandar persisiran sungai – mudah dikenali ramai melalui pengalaman melaui penglihatan, pandangan serta bunyian yang membantu membezakan satu tapak tersebut dengan yang lain.

Konsep Pengolahan Rekabentuk

KONSEP PENGOLAHAN REKABENTUK

Konsep pengolahan merupakan satu proses untuk mendapatkan satu rekabentuk yang berfungsi dan menarik. Ia merupakan satu cara pengolahan elemen-elemen rekabentuk yang terdiri daripada garisan, bentuk, warna, ira, bau mahupun bunyi dengan bahan daripada tumbuhan dan bahan buatan manusia.

Konsep yang digunakan adalah kesatuan (unity), harmoni (harmony), perhatian (interest), keringkasan (simplicity), kepelbagaian (variety/diversity), penekanan (emphasis), keseimbangan (balance), skala dan perimbangan (scale and proportion) dan urutan (sequence).

a. Kesatuan (Unity)

Kesatuan merupakan satu penggabungan kepelbagaian elemen landskap kepada satu tema rekabentuk. Teknik ini termasuklah ulangan (repetition) elemen garisan, warna, bentuk atau ira. Ianya amat berkesan bila digabungkan di antara elemen yang sama di dalam satu kumpulan dan dihubungkan melalui bentuk memanjang.

b. Harmoni (Harmony)

Harmoni merupakan satu hubungan di antara elemen dan alam sekitar sekeliling yang ada. Ia adalah berbeza dengan kesatuan, harmoni adalah hubungan di antara elemen-elemen yang ada. Ideanya adalah untuk mendapatkan peralihan yang licin, hubungan yang kuat dan penampan yang secukupnya di antara elemen yang berlainan.

c. Perhatian (Interest)

Ianya merupakan perasaan ingin tahu, terpesona dan menarik. Perhatian didapati melalui kepelbagaian bentuk, ira, warna dan bertukar di dalam pergerakan atau pun arah. Walaupun ianya bukan daripada prinsip rekabentuk tetapi penting untuk mendapatkan satu rekabentuk yang estatik.

d. keringkasan (simplicity)

Ringkas merupakan hasil daripada pengurangan ataupun pembuangan elemen-elemen yang tidak penting di dalam sesuatu rekabentuk. Ianya merupakan ekonomi terhadap elemen garisan, bentuk, ira dan warna. Keringkasan merupakan asas pembentukan untuk mendapatkan kejelasan dan tujuan sesuatu rekabentuk. Walau bagaimanapun keringkasan boleh membawa kepada satu keadaan yang sama (monotonous) dan tidak menarik.

e. kepelbagaian (variety/diversity)

Kepelbagaian adalah berlawanan dengan keringkasan. Ia boleh menjadikan satu rekabentuk tidak menarik jikalau tidak ada unsur kesatuan yang kuat di dalamnya.

f. Penekanan (Emphasis)

Ianya merupakan satu penekanan akan pentingnya satu-satu eleman di dalam landskap. Kegunaan yang terhad ke atas penekanan ini akan dapat menenangkan penglihatan dan menolong di dalam orientasi. Keseluruhan rekabentuk akan menjadi lebih menarik apabila pengguna dapat mempastikan apakah unsur yang penting di dalamnya.

Penekanan dapat di capai apabila terdapat unsur perbezaan (contrast). Contohnya bahan bersaiz besar di antara bahan-bahan yang bersaiz kecil, penggunaan warna yang terang di antara yang malap. Penekanan juga dapat di capai dengan penggunaan unsur yang unik.

Landskap Kejur (hardscape)

LANDSKAP KEJUR

Landskap Kejur merujuk kepada unsur-unsur binaan seperti wakaf/gazebo, pegola, bollard, permukaan keras seperti konkrit, jubin dan sebagainya. Landskap kejur berfungsi untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna. Struktur-struktur landskap kejur ini direka bentuk supaya dapat berharmoni dengan alam semulajadi. Bahan-bahan binaan untuk struktur-struktur ini dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti kayu, logam, simen dan plastik. Bahan-bahan ini hendaklah tahan lasak dan mudah dijaga. Berikut merupakan beberapa contoh landskap kejur.

a. Wakaf / Gazebor
Wakaf/gazebor direka bentuk untuk memberi teduhan kepada pengguna. Pengguna juga boleh solat dan beristirehat di wakaf/gazebor yang dibina.
b. Pergola
Pergola merupakan landskap kejur yang direka bentuk untuk laluan kepada pengguna di samping memberi sokongan kepada tumbuh-tumbuhan menjalar di atasnya. Biasanya pergola diperbuat daripada tiang konkrit ‘column’ dan kayu yang telah direka bentuk dengan menarik.
c. Bollard
Bollard merupakan tiang kecil yang direka bentuk bagi menghalang kenderaan melalui kawasan tersebut. Penggunaan bollard hanya terhad kepada pejalan kaki sahaja. Bollard boleh diperbuat daripada konkrit ataupun kayu.
d. Permukaan Keras
Dalam landskap kejur, permukaan keras merupakan elemen-elemen yang diperbuat daripada konkrit seperti siar kaki, bangku batu dan sebagainya.
e.Tiang Lampu
Tiang lampu merupakan salah satu unsur dalam landskap kejur di mana ia berfungsi untuk memberi cahaya di waktu malam / gelap kepada pengguna di samping ia dapat menunjukkan nilai estetika. Di Malaysia terdapat berbagai-bagai reka bentuk tiang lampu yang menarik
f. Arca

Salah satu unsur dalam landskap kejur ialah arca. Arca biasanya direka bentuk untuk memperkenalkan sesuatu tempat seperti budayanya atau asal-usul nama tempat tersebut. Arca boleh diperbuat daripada konkrit ataupun kayu.

Kegunaan Tumbuhan Dalam Landskap

KEGUNAAN TUMBUHAN DALAM LANDSKAP

Tumbuhan merupakan elemen yang penting dalam rekabentuk landskap. Tumbuhan mempunyai kegunaan tertentu dalam landskap dari segi fungsi fizikal dan kecantikan.

Fungsi Fizikal Tumbuhan

Ada enam fungsi fizikal tumbuhan iaitu mengawal hakisan, meredakan iklim, bertindak sebagai tirai, memberi teduhan daripada panas matahari, mengarah pergerakan dan akhir sekali melindungi hidupan liar.

a. Mengawal hakisan air

Tumbuh-tumbuhan membantu mengawal hakisan air dengan dua cara. Pertama, sudur pokok meredakan tujahan terus air hujan yang jatuh ke tanah sementara akar-akar pokok pula bertindak memegang tanah daripada dilarikan air.

b. Meredakan iklim

Suhu tinggi yang terdapat di bandar-bandar boleh dikurangkan sebanyak beberapa darjah apabila banyak tumbuhan di dalam bandar tersebut. Proses transpirasi yang berlaku pada tumbuh-tumbuhan di sana boleh menyejukkan kawasan persekitaran.

c. Tirai yang melindungi pantulan cahaya, pemandangan yang kurang menyenangkan dan pukulan angin

Setengah-setengah jenis pokok dan pokok renek sesuai untuk digunakan sebagai tabir untuk melindungi kita daripada pantulan cahaya yang menyilaukan mata seperti di sepanjang median lebuh raya. Pokok-pokok boleh juga digunakan untuk melindungi bilik tidur daripada cahaya lampu jalan pada waktu malam.

Pemandangan yang kurang elok seperti tempat membuang sampah dan tempat letak kereta boleh dilindungi dengan tumbuh-tumbuhan. Penahan angin pula penting untuk melindungi suatu kawasan daripada pukulan angin kencang sementara angin sepoi-sepoi boleh diarahkan melalui sesuatu kawasan untuk keselesaan pengguna dengan menggunakan tumbuhan-tumbuhan.

d. Memberi teduhan daripada panas matahari

Kita semua tahu betapa panasnya cahaya matahari terutamanya di bandar-bandar. Pancaran matahari bukan sahaja datang terus daripada sumbernya tetapi termasuk juga cahaya yang dipantul dari bahan-bahan konkrit dan kaca bangunan. Sudur pokok boleh memberi teduhan yang diperlukan dan menjimatkan penggunaan alat penyaman udara.

e. Mengarah pergerakan

Pokok-pokok pagaran dan tanaman tutup bumi boleh digunakan untuk mengarah pergerakan lalulintas terutamanya lalulintas pejalan kaki ke tempat tertentu. Tumbuh-tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk menghalang pergerakan.

f. Melindungi hidupan liar

Tumbuh-tumbuhan menjadi perumah kepada hidupan liar seperti burung, tupai dan sebagainya. Kehadiran haiwan-haiwan ini menambahkan lagi sifat kesemulajadian sesuatu kawasan.

Fungsi Estetika Tumbuhan

Terdapat lima fungsi estetika tumbuhan iaitu membentuk ruang, merangka pemandangan, melembutkan pemandangan senibina bangunan, mengikat bangunan dengan permukaan bumi dan penyambung berbagai-bagai unsur di dalam satu kawasan.

a. Membentuk ruang

Tumbuh-tumbuhan boleh digunakan untuk membentuk sempadan-sempadan kepada ruang-ruang yang tertentu. Di samping membentuk ruang atau bilik-bilik luar ini, tumbuh-tumbuhan juga berguna untuk memberi kualiti atau menghias ruang tadi.

b. Merangka pemandangan

Merangka pemandangan merupakan suatu teknik yang sering digunakan untuk memperbaiki sesuatu pemandangan. Cara yang paling biasa untuk merangka pemandangan semulajadi ialah dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan.

c. Melembutkan pemandangan seni bina bangunan

Bentuk tumbuh-tumbuhan yang secara semulajadinya tidak keras boleh digunakan untuk ‘melembutkan’ kekerasan pemandangan sesebuah bangunan.

d. Mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi

Menanam tumbuh-tumbuhan di pangkal bangunan atau struktur boleh menjadikan bangunan atau struktur itu kelihatan terikat dengan permukaan bumi dan lebih stabil.

Landskap Lembut(softscape)

LANDSKAP LEMBUT

Landskap lembut berfungsi memberi kedamaian, ketenangan serta keindahan ‘sense of feeling’ kepada pengguna. Pengertian landskap lembut sebenarnya merujuk kepada unsur-unsur asli / semulajadi iaitu tanaman seperti pokok utama, pokok renek, pokok memanjat, pokok herba atau pokok penutup bumi.

Pokok Utama / Pokok Naungan
Pokok utama atau pokok naungan merupakan pokok-pokok yang biasanya di tanam untuk mendapatkan tempat teduh. Pokok-pokok ini kebiasaanya tumbuh merendang serta mempunyai kanopi yang padat.

a) Kategori pokok utama atau pokok naungan:
Ø pokok tinggi dengan ketinggian >15m
Ø pokok sederhana tinggi 10-15m
Ø pokok rendah 4-10m

i) Kegunaan pokok naungan
Ø Keteduhan
Pokok yang dipilih harus mempunyai daun yang rendang supaya dapat memberi keteduhan.
Ø Perakaran
Pokok yang dipilih mestilah mempunyai sifat perakaran yang cukup kuat bagi menerima beban akibat lalu lintas berbagai jenis kenderaan. Akar pokok tersebut tidak harus tumbuh keluar dari permukaan tanah.
Ø Batang dan dahan
Pokok mesti mempunyai batang lebih daripada 2 meter supaya orang ramai boleh berjalan di bawahnya. Batang dan dahannya tidak mudah patah atau tumbang.
Ø Keindahan
Menimbulkan perasaan selesa kepada pengguna.
Ø Keselamatan
Harus elakkan daripada memilih tumbuhan yang mempunyai buah yang besar atau biji yang keras kerana ini akan membahayakan keselamatan pengguna.
Ø Tanaman bermusim
Elakkan menanam pokok yang mempunyai daun yang gugur mengikut musim


b) Pokok Renek
Pokok renek ialah tumbuhan yang mempunyai banyak batang dan muncul dari pangkal serta mempunyai ketinggian kurang daripada 5 meter. Pokok renek dibahagikan kepada :

Ø Renek berdaun tidak mempunyai bunga yang menarik tetapi mempunyai daun yang menarik.
Contoh : Acalypha wilkesiana
Codeaeum sp.

I) Renek berbunga mempunyai bunga yang menarik atau berbau harum.
Contoh : Hibiscus rosa chinensis
Bougainvilllea sp.
ii) Renek pagaran
v Sifat-sifat yang perlu bagi pokok pagaran :
Ø Senang hidup
Ø Tahan lasak
Ø Mempunyai dahan rapat dan lebat
Ø Sesuai tumbuh di semua keadaan tanah dan cuaca
Ø Tidak mempunyai getah atau daun yang beracun
Ø Senang didapati dan murah serta senang menyelenggara
Ø Lambat membesar

v Kegunaan pokok pagaran:
Ø Untuk menetapkan kawasan persendirian
Ø Membahagikan ruang
Ø Mengelakkan manusia atau haiwan masuk ke kawasan berkenaan
Ø Mengadang permandangan yang tidak elok
Ø Mencantikkan dinding atau pagar
Ø Mengurangkan kebisingan
Ø Menambahkan seni
Ø Sebagai latar belakang sesuatu kawasan
Contoh : Ehretia microphylla

c) Pokok Memanjat
Pokok memanjat biasanya mempunyai alat-alat khas seperti tendril dan pencakuk. Tendril digunakan untuk memanjat dan membelit sokongan. Sementara itu ada juga tumbuhan memanjat yang mempunyai akar yang mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan.
Contoh : Clerodendron thomsonae & Tristellatia australasae

e) Pokok Tutup Bumi / menjalar
Pokok tutup bumi atau menjalar tidak mempunyai alat-alat khas untuk memanjat. Tumbuhan ini tumbuh melata dan ia ditanam untuk mengawal hakisan tanah, menghalang perjalanan ataupun sebagai penghubung berbagai-bagai unsur di dalam rekabentuk tanaman.
Contoh : Hemigraphis colorata
Portulaca grandiflora
free counters